Wednesday, 17 April 2013

~Hujan oh hujan~

Salam semua..hujan hari ni dari pg subuh sampai sekarang xbenti2 pun..bangun pagi macam malas jer..baby auni pun tido lena..ubah letak atas tilam dia pun xsedar..sedap tidur sejuk2...zu bangun masak nasi,panaskan kari ikan n goreng nugget untuk husband zu bawa g car wash..xyah da beli nasi tengahari nnt..tp tak tahu la dia bukak ke tak hari ni..
Ok tu je nak update..
Best wooo klu dapat golek2 atas katil dengan baby auni...


~MaMa AuNi~

Tuesday, 16 April 2013

~Sakitnya~

Morning..pg2 da cakap sakit..sakit apa tu??..
Tangan zu sebelah kanan ni sakit..semalam tarik guni plastik,cane tah leh sakit..urat kot..nak gengam tangan pun sakit..nak angkat lg la..rasa berat jer..zu sapu minyak panas jer..xhilang pun..nnt nak suruh mak cik housekeeping ni tengok..xtahan da nie sampai kebelakang badan n bahu ke tengkuk..adoi laaa


~MaMa AuNi~

Monday, 15 April 2013

~Auni 5 bulan~

Morning uolss...pagi tadi zu bawa baby auni pg klinik..check up 5 bulan..
Ok baby auni sihat semuanya..berat naik 5.3kg jer..xbanyak pun..xkisah la aslkan anak mama sihat n aktif..dan hari ni jugak kena cucuk untuk 5bulan..nangis kejap jer..sebelum tu da bunyi sikit2..sbb mata da ngantuk sgt..cucuk terus balik..duduk dalam kete bagi susu sekejap jer hanyut smpai umah pengasuh..harap2 baby auni x demam yer..
Ok jom sambung wat keje..bye

~MaMa aUnI~

Saturday, 13 April 2013

~Saturday~

Salam semua..morning...da bfaz ker...su makan nasi tomata RM1.5..hari ni ingt nak cuti..tp macam sayangkan cuti..xjadi la nak ambk..baby auni kat umah mak mertua..harap2 jgn la nangis2..abah dia pg kjap tgok2 kan dia..dia da kenal orang ssh la sikit..asyik2 nak sebik jer..cian anak mama..nnt pkul 1 mama balik yer..mama sayang auni ketat2..jadi good girl yer..

~MaMa AuNI~

Thursday, 11 April 2013

~Susu Ibu~

Ya Allah kuat kan diri ku ini supaya susu badanku cukup untuk anakku..
Zu sebenarnya runsing sebab dari semalam susu macam kekurangan jer..zu pump xsmpai 3oz pun..adoi la..selalu sekali pump bleh dapat 4oz lbh..tb2 jer merudum,nak kata zu xmakan zu mkan..zu minum susu..minum milo..air pun minum banyak..nak kata stress xtau la nak kata...semalam zu masak lobak putih buat sup..mulai semalam zu kena amal makan lobak putih banyak2..zu pernah gak sekali jadi macam ni..stock susu pun kurang..zu makan lobak banyak2..dalam 2hari mcm tu baru susu banyak balik..jadi kena la banyak2 besabar n doa..baby auni baru nak masuk 5bulan..ada la 1tahun lbh nak susukan dia..
Kuatkan la diri zu ni..

~MaMa aUnI~

Wednesday, 10 April 2013

~PRU 2013~

Kita sedia maklum tarikh PRU baru saja di umumkan..jadi mari la kita bersama2 menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pergi mengundi beramai2...

05.05.2013-Save the date


Undi la pada pati yang betul2 boleh menjadikan Malaysia negara yg aman dan makmur selalu dan selamanya..

~MaMa AuNi~

Tuesday, 9 April 2013

~Solid food for baby~

Hai semua..Jumaat ni baby auni cukup 5bulan..rasa2 zu mcm nak start bagi dia rasa2 makanan..sikit2..nak test..
Sekarang ni zu tengah gigih goggle tentang solid food..mcm2 cara..zu nak mulakan dengan buah2an dulu n sayur after that baru nasi..bagi perut dia biasa dulu..takut sembelit plak..
Ni ada sikit info untuk ibu2 yg xtahu nak start mcm mana.
Macam mana pun zu akan 100% start makan masa baby auni 6bulan.

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) Sehari berapa kali makan?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
- Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
- Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim INI

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.


18) Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
- Rujuk di sini : FB Group


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.


20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.     
Selamat mencuba para2 ibu..termasuk zu sendiri..;)

~MaMa aUnI~