Wednesday, 24 April 2013

~Menghitung hari...~

Salam uolss..zu sangat2 xsabar nak tunggu hujung minggu ni..sbb family zu nak datang sini..seronoknya..mama zu suruh booking homestay yg ada aircon..sekarang kan musim panas yg amat2..semalam da selamat booking n pergi bayar deposit..settle..
Cuma tunggu hari jer..lagi 2hari je..lama xjumpa..ada da 2bulan lebih..hehhee..lama ke tu..
Ok samgung nnt..bye

~MaMa AuNi~

Tuesday, 23 April 2013

~Banyakkan susu ibu...~

Salam semua..zu sekarang sgt2 kekurangan susu..cukup2 untuk baby auni DF jer..ni ada gak tips2 yg zu google..sape2 yg mengalami masaalah yg sama mari kita baca bersama2..semoga ibu2 diluar sana berjaya BF baby anda sehingga 2 tahun..

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
3. Minum Banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu 
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.
8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama 
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

~MaMa AuNi~

Monday, 22 April 2013

~Senggugut~

Ok zu nak cite nape zu mc 2 hari...zu PMS..zu ingat bila da bersalin hilang la Senggugut..xhilang rupanya..jadi zu mc la duduk kat umah dengan baby auni..suka betul dia bila duduk dengan mama..xmau berenggang..nak menempek jer keje dia..bangun jer bunyi..ala tanje2 mama ni..
Ni zu ada copy n paste nape wanita ada senggugut..


Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.
Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.
Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

~MaMa AuNi~

~Isnin yg.....???~

Salam semua..da 3 hari blog zu sepi..hehehe...Ye la jumaat/sabtu MC..ahad plak cuti..hari ni la baru nak update..nnt zu cite nape 2 hari zu mc ok..sekarang nak wat keje yg tertangguh..
bye bye.. 

Thursday, 18 April 2013

~Macam nak bubuh batang mancis kat mata~

Hoiiii ngantuknya...mata nak tutup jer ni..blogwlking pun xde yg update..zu pun da tak tahu nak update apa da ni..dengan mata separuh abad ni...hua hua...


~MaMa AuNI~

~Cerah dan panas~

Alhamdullilah hari ni cerah n panas..selepas semalaman berhujan..
Kenapa zu cakap camtu..husband zu kan bukak car wash..klu hujan xde la keta..bila panas ada la keta yang nak dibasuh..murahkan la rezeki kami sekeluarga..Amin..


~MaMa AuNi~

~Its Thursday~

Ada apa dengan khamis..hehehe..xde apa2 pun..sama jer..bangun pg2 wat keje itu ini,siap2 semua hntr auni..pg keje..itu je la..xde yg best pun..bosan lg ada...apa yg ptt kita buat supaya kita dtg je keje rasa best sgt2,walaupun keje yg sama je kita buat????!!..
Zu pun xde idea da ni..blur jap...nnt2 zu da xblur zu taip lg k..
Bye bye...


~MaMa AuNi~