Friday, 2 August 2013

~6 hari lagi~

Salam semua..kejap jer da hari jumaat..
Lagi enam hari kita da nak beraya..masa sekarang laju jer..pejam celik pejam celik da hari lain da bulan lain da tahun lain..huhuhu..

Hari ni mesti ramai da last bekerja kan..sekolah pun da start cuti..seronokkan jadi budak sekolah..cuti sampai 2minggu..xyah pikir2 nak cuti bape hari..hehhee..
Zu nak kata da mood ke raya..rasa belum lagi kot..mood mencari duit ada la..mungkin next week baru berasa nak raya..huhuhu..

Tahun ni zu balik umah mama zu..jadi tahun ni zu da order siap2 ketupat untuk inlaw zu..jadi dia xyah ssh2 nak buat..cuma buat rendang jer..diorg suka wat rendang itik..zu kasi tempeyek n kuih raya sekali..ipar2 zu xtahu balik bila..weekend ni zu nak pergi tolong mengemas umah inlaw zu..sian kat dia sorang2..xde sape nak buat..kita pergi selesai kan semua..jadi xde da dia  nak kelam kabut kemas umah..

Ok itu je nak cite

~MaMa aUnI~

Monday, 29 July 2013

~Ramadhan + Syawal~

Salam semua..sekejap jer da nak habis ramadhan..lagi beberapa hari nak masuk bulan syawal..
Sekarang waktu semua jadi pantas..hari ni hari isnin..sedar2 nnt da jumaat..Orang cakap makin cepat waktu,masa berlalu..kita makin menghampiri hari khiamat..Ya Allah..kuat kan la iman ku ni..tetap kan diri ku bersama2 orang yg beriman..jauhkan la aku dari benda2 yg tidak elok..

Syawal hampir tiba..macam mana persiapan semua,zu sederhana je..xde la hebat2 sangat..cukup syarat je..
tahun ni zu kan buat biskut raya..Alhamdullilah zu da mula buat..insyallah minggu ni selesai semua untuk orang order..next week zu nak buat kek nak bawa balik kampung..

Tahun ni macam biasa zu akan balik umah mama zu di kuala kangsar..lepas tu umah Abah zu di S.petani..baru zu balik ke perlis..tahun ni plak beraya pertama kalinya dengan baby auni..tak tahu la macam mana..jangan la dia buat perangai sudah..baby auni masalah sikit..nak tidur  nak selesa..lagi xkena tempat dia lagi tu la xtidur..kecuali da xlarat nak lawan mata baru dia tidur..

Ok tu je la nak cite..nnt da de idea berkepuk2..zu update lagi yer..hari isnin slow sikit idea..hehhee..

~MaMa AuNi~



Tuesday, 23 July 2013

~Bila anak demam~

Salam semua..baby auni demam da dua malam..
kesian sangat2..tp dia sikit pun xnangis2..bunyi2 nak susu..pastu tepuk2 tido balik..
semalam zu ambik dia kat pengasuh dia diam je xsenyum pun..muka pun lesu jer..badan xpanas sangat..bila da balik rumah..badan da start balik panas..zu check suhu 36.2..ok xpanas sangat..lepas berbuka..zu cakap kat suami jom p klinik..sbb badan dia makin lama makin panas..zu susah hati..
pergi klinik..DR ckap memang badan dia panas sangat2..tp lain2 semua ok..DR bg ubat demam jer..balik bg ubat demam dalam keta..bagi susu terus tidur..
tengah malam zu pegang2 badan dia panas balik..suami buat air asam jawa,jelum kepala dia xbenti2..zu bagi makan ubat..bagi susu..baru dia tidur..da nak subuh baru tido..td pg zu berkira2 xnak p keja..tp memandangkan zu xleh ponteng keje hari ni..zu bertabah jugak la hantar auni kat pengasuh..da pesan kat pengasuh bagi ubat..
pengasuh tu senang dia tahu nak buat apa..harap2 auni sihat balik yer sayang..
zu susah hati yg amat2..tp tahan je la..
Dok berdoa cepat la pukul 5..
Tak tenang zu kat tempat keje ni..termenung pikir kan auni je..mesti dia pikir nape la mama dia xnak jaga dia..huhuhu..maaf la sayang mama xleh cuti di atas sbb2 tertentu..
Mama sayang auni sangat2..

~MaMa aUnI~

Monday, 22 July 2013

~Persiapan raya~

Salam semua..hari ni hari yg ketiga belas kita berpuasa..
Alhamdullillah semua berjalan dengan lancar..walaupun zu 100%BF zu masih boleh bertahan..giler tu baby auni non stop minum susu semalam rasa lemah lutut ni..dengan dahaganya..xtahu la nak cite macam mana..
sape2 yg full bf mesti paham kan..

Ok la zu nak cite persiapan raya..tahun ni tahun pertama beraya bersama baby auni..seronoknyer..da de anak yg kita nak siap2kan untuk beraya..mama dengan abah da xkisah sangat..cukup ada baju melayu n baju kurung sudah..
baby auni yg penting..
Ok untuk baby auni sekarang da de 11 pasang baju..hahaha..banyakkan..2pasang baju kurung homemade..6dress..3romper/jumper..kasut,baju tido n stokin je tinggal nak beli..kebanyakkan baju2 ni opah dia yg beli..n ada orang bagi..tu yg banyak..xpe untuk first time beraya..macam kta masa kecik2 la ibubapa kita yg excited beli baju raya..sekarang kita plak..

Insyallah tahun ni raya zu balik K.Kangsar..
seronoknya..
nak makan puas2 lepas tu kita puasa 6 n ganti terus..hehehe..
ok tu jer..


~MaMa AuNi~

Thursday, 18 July 2013

~Luahan hati seorang isteri~


 
Luahan hati Isteri Dayana (Ashraf Muslim)
 
Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...



*copy paste*
 
Ya Allah Kau kuatkan la hatinya.
 
Sedihnya..kalau zu ditempatnya xtahu la sekuat mana zu boleh bertahan.
 
~MaMa aUnI~


Tuesday, 16 July 2013

~Auni 8 month~

Alhamdullilah baby auni da cukup 8bulan..sihat selalu..sakit sikit2 jer..demam la selesema la..tapi xde yg memudaratkan..
Zu nak update sikit pasal auni..
Da 8 bulan dia da boleh duduk dengan stabilnya..
berdiri sendiri..duduk pun sendiri
Gigi da ada 3batang 1 da nampak lagi 2 da nak nampak.
Bila suruh senyum..sengih tunjuk gigi..ala comel la anak mama sorang ni
Cerdik menerima arahan..bila dia duduk dalam walker..zu panggil dia mesti dia datang
Kalau abah dia xde depan mata dia pergi cari setiap bilik sampai la kedapur..jumpa terus gelak2
Apa yg zu nampak pada anak zu ni dia sangat2 bijak..
Da pandai bunyi mamamama...babahabaha..
Bila makan mesti bunyi ummmpp...suka dia..kalau nak makan mumumum...
Manja jangan cakap..xleh tinggal langsung....mesti nangis punya..sedih sebb kena tinggal..
Itu la Nur Auni
Semoga Allah memberi kesihatan yg baik untuk auni

~MaMa AuNi~ 

~Amanah Ikhtiar~

Salam semua..semalam zu cuti ada dua tiga hal yang zu beres kan..
Salah satunya Amanah Ikhtiar..Zu daftar masuk Amanah untuk masa depan keluarga zu..
Zu memang tekad xnak bekerja makan gaji sampai bila2..jadi zu hari2 pikir apa yg patut zu buat untuk
mencapai cita2 zu..jadi selepas ditimbang tolak..zu pilih untuk masuk Amanah..hanya ini sahaja jalan yang terbaik untuk keluarga zu..
Allah beri kita akal dan tenaga untuk mencari rezeki,jadi kita kena la beruasaha untuk mendapat rezeki yang diberi..dan sentiasa bersyukur padaNya..
Insyallah jika diizin Allah apa yg zu pilih ni akan merubah keluarga zu 100%..bukan minta jadi kaya raya,biarla kami ada tempat tinggal sendiri,selesa..dan boleh dapat apa yg diidamkan kami..zu xnak anak zu merasai keperitan hidup susah..biar la dia hidup dalam keadaan yg selesa..


~MaMa aUnI~