Monday, 1 July 2013

~Biskut sarang semut~

Salam semua..selamat pagi..
Semua da bfaz ke..hari ni zu makan roti jala n milo..Alhamdullilah
Ok sini zu nak bitau..zu try buat biskut sarang semut untuk jualan hari raya..ni first time zu buat tau..hanya berpandukan resepi n tawakal..hahhaa..bleh camtu..
Zu bawa datang opis untuk tester..ramai rasa kata sedap..tapi xde order lagi..xpe2 pelan..nak wat biseness kena la sabar..
Harap2 ada la orang order..seronok plak zu buat biskut ni..
Kalau ada yg nak order dalam daerah perlis boleh la email kat zu
addila06@yahoo.com.
walaupun xde yg baca blog zu ni tetap zu nak bitau..
Ok tu jer..bye


~MaMa AuNi~

Friday, 28 June 2013

~Sedihnya...~

Salam jumaat semua..Waaa anak zu demam + selsema..kesian kat dia..mama xdapat cuti..minta maaf yer sayang..zu bg adik ipar zu tolong jaga hari ni..harap2 auni ok..mama xleh fokus buat kerja..mama asyik teringatkan auni..mama doa cepat2 auni sihat..petang ni mama balik cepat2..
Air mata zu da penuh dalam mata,tinggal nak jatuh jer ni..
Mama sayang auni..apa yg mama buat semua ni untuk kebaikan auni.. 

~MaMa aUni~

Thursday, 27 June 2013

~Puasa around the corner~

Alhamdullilah bernafas lagi zu untuk menyambut ramadhan yg tidak lama lagi.
Untuk ibu yg menyusu badan perlu atau tidak perlu berpuasa???
Sini ada sikit info..

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda.

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.
 
Semoga menjadi rujukan pada semua..
Zu hanya amalkan minum air 3liter,Alfalfa,susu,soya dan makan nasi.
 
~MaMa AuNi~

~Auni + selesema~

Anak mama selesema lagi..sian dia..ptt la merap jer 2 3 hari ni..semalam petang lepas lap2 badan dia,main2 tengok hidung dia da beair..pg ni asyik bersin je..kuar hingus hijau..sian anak mama..xsampai hati nak tinggal tp terpaksa,mama kena kerja sayang..nnt bila mama da senang mama jg auni ok..
Harap2 auni xdemam yer..malam ni kalau teruk kena bawa g klinik..
Sekarang cuaca xmenentu tu yg xsihat..

~MaMa AuNi~

~Shaklee~

Salam semua..good morning..khamis sudah hari ni..hari ni zu nak cite pasal produk shaklee..
Zu ada ambik shaklee,tp satu jer alfalfa..dia macam milk blooster(betul ke eja).
Yang zu boleh terbeli ni sebab susu badan zu merundum teruk..sampai pump pun nak dapat 1oz pun susah..
macam2 kaedah zu try tp xde progress..jadi zu search dalam google..terjumpa produk ni..

Alfalfa

Zu beli secara online..zu makan 3biji pg 3biji malam untuk percubaan..takut ada alahan..tp ok je..dalam seminggu zu makan ubat tu ada perubahan..susu zu banyak balik..B pun berasa berat..seronok zu..zu suka kalau baju zu basah..maksudnya susu zu banyak sangat..susu pun jadi pekat..
Jadi Alfalfa ni memang berkesan pada zu..Alhamdullilah zu boleh kumpul stock balik..walaupun zu da campur susu Lactogen kat auni,tp hanya dengan pengasuh sahaja..zu nak bagi badan baby auni naik sikit..sebab da turun ke line kuning..misi suruh campur susu tengok macam mana..
Tp auni lebih suka susu mama..sedapkan sayang..

~MaMa AUnI~

Tuesday, 25 June 2013

~Sambung...~

Jeng..jeng..
Adik ipar zu kena naik ambulance sbb dah pecah air ketumban jadi takut baby kena kuman sbb biar lama sangat..kami follow dari belakang je..xmau naik ambulance..
Sampai hospital ramai la manusia yg nak bersalin..adik zu kena tunggu giliran..lama tu..tb giliran dia check da terbuka 1cm..ok kena admit,zu turun pergi buat pendaftaran semua tggu nak masuk wad jer..tahu tak pukul bape zu dekat hospital dari pukul 3.30ptg sampai 9mlm,kesian baby auni..tapi dia bukan main seronok sbb orang ni pegang orang tu pegang sampai mama di apun xpandang..bila da penat baru cari mama nak susu..
Settle semua zu pun balik..penat tu..tp xpe tolong,sbb kita je kakak ipar yg tua sekali.jangan lepas ni dok kat azu kat belakang sudah..hehehe..
Adik ipar pun da selamat bersalin dapat baby boy..disebabkan adik zu pergi hopital lambat baby kena tahan takut kena jangkitan kuman..berat 2.2kg je..harap semuanya ok..cepat2 kuar hospital.
Hari ahad pagi2 zu pergi lagi hospital F/inlaw zu check out..wah gitu..macam duduk hotel plak..
Habis semua zu pun balik umah inlaw zu,masak2 kemas2 apa yg ptt..tido kan baby auni..
Petang adik ipar zu balik kejap,malam pergi balik hospital tido dengan baby..
Pack giler weekend zu..penat..
Rasa longar lutut2 zu ni tau..badan lemah
tp zu bleh maintain lagi mungkin sbb zu makan shaklee kot,nnt zu cite pasal shaklee plak..
ok la tu je nak citer..giler panjang kan..hahaha..



~MaMa AUnI~

Monday, 24 June 2013

~Weekend yg giler~

Hai semua..2 hari 1/2 zu memang pack giler..penat + ngntuk..rasa badan ni nak tercabut jer..tp ditahan2 jugak..hujung minggu zu banyak di hospital dalam keta n umah inlaw..umah memang terbiar jer..
Meh nak cite..hari jumaat zu ambik halfday sbb F/inlaw zu operation..jadi lepas jer ambik baby auni terus cabut pg hopital tunggu kat OT dengan xmakan Tghari,tunggu sampai F/inlaw zu selesai n masuk wad..zu xmasuk wad sebab belum waktu melawat kami duduk kat hospital sampai pukul 4lbh,pastu balik umah inlaw rehat makan2 sbb adik ipar zu da sarat sangat..malam zu ajak adik2 tidur umah zu sbb dekat dengan hospital..
Esok tu zu ambik EL,sbb xde sape yg nak jg baby auni..pg2 zu dengan husband zu pg hospital hantar makanan..pastu balik umah ajak adik2 balik umah mak sbb katanya F/inlaw zu da nak kuar ptang tu..
Kami balik masak2 n kemas umah..tengah zu elok nak makan nasi adik ipar zu bitau yg dia da pecah air ketumban tengahmalam td,masa tidur umah zu..zu pun apa lagi marah la dia nape xbitau kat zu awal2 aduh da petang baru nak bitau...bahaya betul la..boleh dia bagi alasan sebab xsakit...takut jadi apa2 kat baby jer..zu ni bab2 pregnant mamang la takut sebab melibatkan nyawa kita tau..
Kebetulan biras zu datang umah,apalagi guna kuasa mak2 suruh bawa pergi klinik jumpa nurse..boleh diorang balik umah bitau xde sape2 tp da ambik number telifon,bila tanya da cal ke belum..jawapannya belum..adoi la adik2 ku ni..zu ni xpergi sbb baby auni tido..zu xsebab ada anak kecik zu sendiri yg bawa..
Zu call nurse bitau itu ini..nurse pun marah la sbb biar lama sgt...
Terus nurse datang umah,pastu bitau pergi klinik sbb kena naik ambulance pergi hopital..
Jeng..jeng....

Panjang nya zu citer..nnt sambung yer..

~MaMa AuNi~